UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Mazarul Hasan Mohamad Hanafi
Title :Fungsi simbol dalam mantera Melayu berdasarkan model Peirce Hashim Awang (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti simbol-simbol dalam mantera berasaskan teori semiotik Peirce. Kedua menganalisis hubungan penggunaan simbol dengan makna mengikut konteks pandangan dunia Melayu dan ketiga menghuraikan penggunaan simbol sebagai terapi dalam masyarakat Melayu. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang berbentuk kajian kepustakaan. Data utama kajian terdiri daripada mantera Melayu dalam buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Data dalam bentuk mantera ini dianalisis kandungannya berasaskan kerangka model Peirce Hashim Awang (PHA) untuk mengenal simbol-simbol serta fungsi-fungsi simbol tersebut. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kajian ini berjaya menemukan 76 jenis simbol. Simbol-simbol ini telah dikelompokkan kepada lima jenis iaitu simbol binatang, simbol tumbuhan, simbol alam kosmos, simbol benda dan simbol makhluk ghaib dan manusia. Simbol-simbol yang telah dikelompokkan ini pula mempunyai makna-makna yang tertentu mengikut konteks pandangan dunia orang Melayu. Hubungan antara simbol dalam mantera dengan pandangan dunia orang Melayu berkait rapat dengan kepercayaan dan amalan kehidupan mereka. Selain daripada itu, kajian ini juga menemui bahawa simbol-simbol yang digunakan dalam mantera yang dikaji mempunyai fungsi terapi seperti fungsi kecantikan, fungsi perubatan, fungsi kekuatan, dan fungsi keselamatan. Berdasarkan dapatan kajian ini, kerangka analisis model PHA terbukti dapat menjadi kerangka analisis yang menemui simbol-simbol yang terdapat dalam mantera berkait secara langsung dengan pandangan dunia orang Melayu terutama dari aspek kepercayaan dan amalan kehidupan seharian mereka. Selain itu, mantera memang mempunyai aspek yang dominan yang mendokong simbol dan secara tidak langsung simbol-simbol yang dikaji menjadi terapi kepada pengamal mantera. Kerangka ini dicadangkan dapat dikembangkan untuk mengkaji bukan sahaja bahan mantera tetapi juga boleh dikembangkan dalam genre yang lain dan mungkin juga kajian yang berkaitan mantera boleh diperluaskan dalam bentuk perbandingan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)